Saturday, September 27, 2014

amal_shoppe on instagram!!

assalamualaikum guyss..
alhamdullillah.. akhirnye niat nak mule kan bisnes tercapai gak..
hewhewhe..harap harap menjadi la yer
doakan amal eh..
guyss jom la support amal..
cuci mate at amal instagram ni..hihi
lets follow amal yer sayang sayang sume..
macam macam ad0oo!!!
***juz click link kat atas to follow or cuci mate at business ig amal
(^_^)



saye budak baru belajar, 
kalau salah sila ajarkan yerr. 


Thursday, August 21, 2014

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat

Assalamualaikum
hari ni just nak share ilmu untuk adik-adik yang baru nak apply / dah apply biasiswa/pinjaman boleh ubah bank rakyat. PPBU (Yayasan Bank Rakyat)

      Rugi sapa tak apply bank rakyat ni. Bidang sye PENGURUSAN PERNIAGAAN dpt pinjaman RM19 500.00 / 1sem=RM3250. same jek dngan ptptn yg saye pinjam dulu tapi yg bestnye kalau pointer maintain dapat potongan. Means takyah byar full la. Hehe +pula, YBR juga sesuai untuk golongan berpendapatan rendah, golongan berpendapatan rendah diutamakan. Tapi ramai tak tau pasal biasiswa bank rakyat ni..

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 

PPBU ditawarkan bagi peringkat pengajian peringkat PHD, Sarjana, Profesional, Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama. Tujuan adalah membantu pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institusi Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negara secara sepenuh masa. PPBU ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA / IPTS di dalam negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA / ILS.


Kelebihan dia ? APA SANGAT LAH BEST KAN BANK RAKYAT NI ?

1. Pinjaman boleh ubah kepada biasiswa. Ikut CGPA
3.75-4    tak perlu bayar apa-apa
3.5-3.75 bayar 10% je
3.0-3.5   bayar 30%
2.5-3.0   bayar 50%
2.0-2.5   bayar 70%
0-2.00    pinjaman terbatal dan bayar balik semua.. (maintain pointer jgn smpai bwh 2.0)
      Jadi average range student dpt 3.0 keatas. so bayar siket je kan berbanding ptptn.. Bayaran balik YBR mestilah dalam tempoh 5 tahun, jadi lepas 5 tahun je dah bebas hutang... Kalau belajar betul2 dapat jadi biasiswa terus.

2. Ada kontrak kerja 5 tahun tapi biasanya Bank Rakyat tak ambil pun student kerja dgn dia, sebab terlalu ramai yg apply n jawatan kosong yang kurang kat Bank Rakyat. Kalau dengan JPA, kalau dia panggil kerja dengan dia, kena pergi... kalau tak kena bayar RM100 000. Hamik kaww!! Pinjam 30 +++ je,, bayar nya berganda-ganda.

3. Tau x pasal bank rakyat ? Bank rakyat ni satu-satunya bank koperasi islam sepenuhnya. Ramai orang berebut2 beli saham bank rakyat. Profit dia lagi tinggi dari ASB  :)


Prosedur-2 & Peringkat-2 Permohonan Yayasan Bank Rakyat.


1. Apply online kat web Yayasan Bank Rakyat. Tarikh permohonan akan diumumkan... tahun 2012 open bulan April - September. 

2. Tunggu sehingga YBR umumkankeputusan siapa yang layak untuk ujian saringan kedua. Ada 2 peringkat. So sapa2 yang layak untuk peringkat seterusnya kena la wat ujian saringan. Biasanya kalau lepas ni dah boleh la dapat. Tp ada juga beberapa rakan yg tak dapat, mungkin sbb dia dah ada penaja lain. cth yayasan melaka. 

      Ujian ni senang je. Dalam masa 30 minit kene jawab semua soalan dia. Make sure line internet laju n xputus2 . ***saye dulu smpai tak sempat jwab habis sbb line ler... huhu. Kalau putus, no return back. FAIL. Waktu jawab ujian ni ajak lah 2 3 orang kawan bantu.. sediakan la apa2 yang patut, macam laptop, calculator, pen, n kertas. Soalan dia memang nampak senang tapi tricky. Contoh tahun lompat, kita tak perasan pun. Laptop tu digunakan untuk search soalan2 yang tak tahu. Kalau tak tahu just copy soalan dan search je. kadang2 ada je jawapan pakcik google. heew.

       Ada beberapa category soalan. nanti korang akan diberitahu melalui emel. English senang je, math tricky sket. Haa lupa nak habaq, nanti ada soalan berkaitan bank rakyat. research la sket. belek2 website dia. Mcm, siapa pengerusi yayasan bank rakyat, kat mana main office diorang, pastu profit diorang, sejarah bank rakyat ni.. 
Contoh kalau berjaya dapat biasiswa Bank Rakyat
3. Dah jawab tunggu je la keputusandia, layak dapat ke x. Nanti dia akan umumkan. Cth tahun 2012 dia umum pd 26 Disember 2012. SO up to date je la ngn bank rakyat tiap bulan k.. kalau layak jugak dia akan hantar emel. make sure emel tu emel yg salu guna la k.


4. Tahniah sebab layak. Ni la proses paling rumit sekali. Kne setelkan dokumen perjanjian dalam masa 30 hari. Fuhh =.= Kalau ada ptptn pun sakit gak. kene uruskan pembatalan dengan ptptn / penaja lain dahulu.. Mintak surat pembatalan. Mintak penyata baki pinjaman. Mintak pihak uni surat pengesahan penaja. Kene cop dokumen, Kene sign depan saksi... Yg payah nya nak uruskan dgn ptptn tu.. saket jiwa..


Contoh macam ni la yang dia nak.. Dia akan bagi pada emel borang2 lain.
1. Checklist Borang PPBU

Wednesday, July 23, 2014

Ape? Nak raye daa.

Assalamualaikum guyss.
Ape citer sume? Sihat ke idok? Harap2 sentiasa dalam lindungan-Nya la yer..
Hmmm, mase pantas berlalu. Tengokla, tinggal 4hari je lagi Ramadhan akan meninggal kan kite. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan akan datang. Amiinnn. :)
Persiapan raye korang macam mane? Hihihi. Baju raye? kueh raye? Mesti tengah dok terkocoh kocoh siapkan mane yg tak settle lagi kan? Saye twuu. Hehehe.
Feel raye saye tak mai lagi. Hahaha. Tak twu la kenape kan.. ;(
mungkin sebab tak ramai yg tinggal kat uma ni. Yg dok sibok wt persiapan raye cume saye, mak, abah. Hahaha. yg lain balik 26 nanti. **yg lain? Hahaha. Macam ramai je kan, padahal ude n angah je.. along balik uma mak mentuaa...
Saye ngan mak.. hahahaha. Buat kueh raye berdua, kemas kemas uma berdua. Haisshhh, segalanya berdua laa. ** sweet gituu. Nak twu? Dalam mase 3 hari, settle 7 jenis kuehh. Hahaha. Kami merempit buat kueh raye tahun ni. Sume kueh/biskut yg dibuat, berdasarkan kesukaan seseorang. Takpun baru nak mencube/teringin. Hehehe. **bukan ape, nak elak membazir nanti. Popia nestum (mak teringin), biskut kelape (mak), biskut cornflakes (sume suke), biskut cokelat (baru), biskut semperit (angah), biskut susu (along), sarang semut (sikembar), kueh tart (mak), mazola (saye). Satu lagi tak buat, biskut aiskrim (ude suke).
okey la sayang sayang sume, stop dulu naa. Hahaha. Tnggu entry baru menyusul.. Engat! Raye berpada pada, jangan membazir okey.
Assalamualaikummm..

#Al-fatihah kepada mangsa nahas MH17.

Friday, July 18, 2014

TRAGEDI menimpa MH17


Dunia terutama Malaysia dikejutkan lagi dengan satu berita gempar yang terjadi kepada pesawat MAS. Ya ALLAH,  saat diri baru hendak melelapkan mata, terima wasap daripada teman mengatakan satu lagi pesawat MAS kemalangan. Pada mulanya susah hendak percaya, namun setelah menonton beria malam tu jugak. Allahuakbar. Berita itu benar!!

Dikatakan pesawat ditembak. Semua mangsa terkorban. Sayu. Sedih. Itu yang aku rasakan. Menitis air mata memikirkan mangsa didalam pesawat, menitis air mata saat titipan doa dikirimkan. Satu persatu dugaan diberikan. ALLAH sedang menguji kita.

MH370 masih belum selesai, Sabah yang telah diserang, Gaza yang sedang berjihad dan terkini berita MH17. Doakan semuanya. Saat Hari Raya yang masih berbaki beberapa hari, kejadian sebegini benar-benar menyayat hati. Memikirkan ahli keluarga mangsa, ALLAH sungguh sayu hati ini. Ada ibubapa menunggu kepulangan anak, anak anak menunggu kepulangan ayah/ibu. Tabahkan hati mereka ya ALLAH.

Wednesday, July 16, 2014

Never ever give up in your life!!

Assalamualaikum kesayangan semua :)

Ujian dan Cabaran Menambah Pengalaman Mematangkan Diri

Ujian dan cabaran sering datang dalam kehidupan tanpa mengira siapa. Datangnya ujian dan cabaran dalam bentuk pelbagai, ada yang diuji dengan kesihatan, ada yang berhadapan masalah hutang piutang, ada yang diuji dengan kegagalan, ada juga yang diberi ujian kematian insan yang disAyangi, ada yang tidak semena-mena mendapat musibah kehilangan harta benda, ada yang diuji masalah hubungan dengan insan sekeliling.
Memang pelbagai ujian dan cabaran dihadapi oleh setiap lapisan individu baik yang tua mahu pun yang muda. Biar apa jua bentuk ujian dan cabaran itu, ia sebenarnya memberi pengalaman yang amat bermakna buat kita.
Pengalaman ini mampu mengajar kita untuk belajar dari kesilapan, bangkit dari kejatuhan. Apa yang lebih utama dengan ujian ini ialah kita akan lebih  matang dengan corak kehidupan yang sentiasa ada hujan dan panas, ada masa berada di atas, ada masa berada di bawah. "Hidup ibarat roda"
Oleh itu bila kita diuji, belajarlah mensyukuri apa saja pemberian Allah, kerana hikmah yang kita dapat apabila diuji ialah melalui jalan redha dan berlapang dada. Jika kita putus asa maka rugilah kita kerana tidak mengambil iktibar dari ujian dan cabaran itu dengan positif.
** Life must go on!!

Ramadhan....

Assalamualaikum semua...
setelah 17 Ramadhan,,, sekadar perkongsian.. :)
Kelebihan Ramadhan
-Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
-Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
-Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan : (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
-Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
-Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
-Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? ---Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka!
-Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
-Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
     a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
     b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.        c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
     d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
     e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
-Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah
-Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
-Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
-Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
-Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
-Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
-Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
          >Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)                   >Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
         >Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!) >Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
         >Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
         >Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
-Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
-Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
         .Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
         .Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
         .Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
         .Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
         .Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
-Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
-Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar. "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith) "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith) "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith) "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith) -Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith) -Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
-Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
-Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
-Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith) -Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
-Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
-Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith) Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
-Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith). Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Tuesday, July 15, 2014

I'm back!!

Assalamualaikum readers kesayangan..
Hahahaha. Setelah 66hari tak menghupdate blog ni. Haishhh.. Yup! Rindu, sangat rindu nak merepek kat sini. Apekan daye, kekangan mase yang tak mengizinkan jari jemari ni menari di atas keyboard. **Ayat bajetbajet bz bebenau jek kan. Hahaha. Maaf kan beta .
Now!! Cuti sem da. Sangat lame, hampir 2bulan. Hahaha.**mohon jeles sume... feel nye sangat seronok, sangat gumbira, sangat happy n yg seangkatan dengannya laaa. N cuti kali ni pulak terkene dengan puase n raye. Memang cun la kan?? Memberi peluang kepade saye untukk... hahaha... menternak lemak lemak dengan jayenye. Lebih lagi mase raye nanti. Hahaha. Saksikan lahhhh. **diet hancussss.. sesungguhnye hati tak rela. tapi apekan daye, masakan mak tersangat la sedappp. Mengatasi segalanya... **ceewahhh, ayat bodek ka? dok laaaa.
Da separuh ramadhan da kite sume tempuh kan? Cepat nyee mase berlalu.. hmm. Tersangat pantas. Semoga kite semue istiqamah melakukan ibadat di bulan mulia ni, **peringatan untuk diri sendiri jugak yg terkadang alpa. Okey la guyss, stop dulu naaa. Subuh da memanggil. Yeahhh!!
***Ni baru permulaan gua nak merepek... haha. Nantikannn, stay tune..✌
**Belanje sikit gambau, haha. Perbezaan sem 1 n sem 2. :)

Sunday, May 11, 2014

IBU

Bismillahirrahmanirrahim
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
[Surah Luqman ayat: 14]

Hari itu, Cikgu Hanim, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Luhur berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Farouq, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan & bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada 7 orang murid yang lain yang telah pun berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Semuanya hebat-hebat belaka.

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Farouq itu disambut dengan 'Oooohh' & 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Farouq menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu...
Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Hanim jugak!"

Cikgu Hanim tersenyum mendengar kata-kata Farouq itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni, dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih & nasi lemak..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Farouq itu.

"Ilham! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Farouq di hadapan tu!"

Cikgu Hanim dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf yee cikgu."

Namun pada wajah Ilham, terukir sebaris senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Farouq tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh & gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Ilham, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju, jual kuih, nasi lemak?"

Ilham bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh & dengan selambanya mengejek Farouq.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Jurutera. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pun, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang berjaya. Sampai mak kau, tak sebijak mak kami... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Hanim mendengar kata-kata Ilham yang penuh selamba itu. Ilham baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Farouq menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Hanim mahu mengatakan sesuatu, Farouq sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..?
Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.


Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh & kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku & hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar dengan bekalan makanan.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah & dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada, Ilham? Kau ada??"

Tergamam Cikgu Hanim. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Ilham. Pipinya basah dengan air mata..

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu & ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh & selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan & kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya..

Ibu...
Engkaulah RATU hatiku.

Sources: Anonymous


20 tahun yang lalu
Ibu & Ayah ada bagi aku sebuah hadiah
Hadiah yang sampai sekarang aku gunakan
Pemberian yang sehingga sekarang aku manfaatkan
tak pernah lusuh
tak pernah pudar
tak pernah rosak
kerana aku tahu ianya sangat bernilai & akan aku jaga sebaik mungkin

Aku bawa kemana sahaja aku melangkah
Hadiah & pemberian tu "Sebuah Nama"
Sebuah nama yang terselit 1001 makna;
[Cahaya Usia yang panjang Saksi]

Tiada sajak, puisi dapat aku nukilkan
Untuk mengungkapkan betapa aku mencintaimu ibu
Ibu..
aku tak punya apa
aku miskin harta
tapi aku ada Dia
walau sejauh mana aku pergi
aku bekalkan doa buatmu ibu
kerana Aku tahu cinta Dia menjangkaui cintaku buatmu

Ibu
jika aku pergi dahulu
ketahuilah bahawa aku sangat menyayangimu
sangat sayang padamu
kerana melaluimu lirik matamu
terzahir kekuatan & kemuliaan seorang ayah pada anak-anaknya

Moga Ibu Ayah
Emak Abah mertuaku yang aku belum tahu siapa mereka & masih lagi menjadi rahsia Allah
Semua yang bergelar
Ummi Abi
Mama Papa
Bonda Ayahanda
dipermudahkan jalan ke syurga tanpa sebarang hijab
Amiin ya Allah..

Anak-anak
Lahirlah seindah namamu
Carilah & hayatilah Izzah disebalik hadiah itu
Sebuah pemberian yang indah dari ibu ayahmu..

Terima kasih ya Ilahi
atas hadiah yang tak tertanding nilai bandingnya..

Yang benar;
Anakmu

Sunday, April 6, 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Saturday, March 29, 2014

Nak dapat barang free tak??

Assalammualaikum readers sume.
Hehehe. Ya, today ade something yg amal nak share ngan korang..
Okeyyy haa, straight to the point la kan. siapa yg nak barang percuma? Mesti everyone want it right! So, ape korang tunggu lagi?
Meh, la join whohaa cam amal. Hehe.
Hanya dengan menjawab soalan yang diberikan ,jika betul, so korang akan dapat points. Dengan guna points yg terkumpul tu lah kita boleh redeem barang. kalau tinggi points seperti 190 000 , mungkin dapat SAMSUNG GALAXY CAMERA , dan banyak lagi. Makin tinggi points, makin syokk  hadiahnya. Bagi siapa yang belum berdaftar di akaun WhoHAA, bolehlah daftar. Daftar sahaja di akaun WhoHAA. http://www.whohaa.com/register?referral=55862

>>STEPS Register semua.
Pergi check email dr WhoHAA and tekan link untuk activekan.
Lepastu Request TAC code, check phone, nti dia hantar TAC code tersebut. Lepastu tulislah TAC code tersebut pada kotak yang disediakan . After that, click EARN POINTS, Pilihlah nak iklan yg mane satu pastu click.
Then, scroll ke bawah ,jumpa soalan, jawablah berdasarkan apa yang anda baca dan lihat. senang jek..
Tengok kat bawah tu kalau ada Visit the sponsor link, tekan VISIT ,boleh dpt point lagi :) tp make sure jawapan kena BETUL. (sesetengah iklan ada Visit the sponsor link ,ada yang tiada) Itu Sahaja.

Hehehe. Mudah kan?
Mehh la join. Suke suke suke dapat hadiah free.

Saturday, March 22, 2014

SEGMEN: blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum readers sume..


selamat tengari, hihi. cer tengok banner at atas tuu..
weeeee. comey kan. hehehe ^_^
ha! tu la segmen blogwalking yg ayuinsyirah buat sempena cuti sekolah ni.
ape lagi,, mehh la join ramai-ramai..
amal done join, korang bile lagii.


let's change

Assalamualaikum :)






*** picture bermotivasi from GOOGLE

now is my turn...

Assalamualaikum wbt semua.

ape citer sume? hehe. lame tak update blog ni kan. :)
kesahnya, ade sesuatu yg sedang bermain di minda n hati ni. tak terluah kepade sesiape.
ya, mungkin Dia sedang mengetuk ati aku. tapi aku tak kuat.
aku cuba muhasabah kan diri ku, dan makin lame aku makin kuat.
inshaAllah ya Allah, kau bantu la hambamu ini. sekiranya itu petunjuk mu kepada ku.
AMINN.
HIJRAH, from now to be more better. mungkin seru telah tibe. cuma aku perlu kan kekuatan untuk melakukan.
ya, aku twu Dia sentiase ade.
aku akan try step by step, yang penting adalah istiqamah.
ape gune buat secare drastik tapi tak berterusan kan? hehe. betol dak?
doakan saye ye reader semue. (>_<)


"kematian tidak menunggu kita, kita tidak mampu mengubahnya. tetapi kita mampu mengubah diri kita"

"tatkala hati kita terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ade."





aku menguatkan diri dan muhasabah diri melalui blogger inaachik.
banyak perkongsian yg bermanfaat n semakin menggerakkan hati aku. 
antara tips tips inaachik:

bagaimana nak mula?
jawapan stereotype dulu kini dan selamanya:
mula2, katakan tidak dgn baju T lengan sekerat + skinny jeans + tudung singkat tayang dada.
oh, jgn lupa, say BIG NO to legging or jegging.  
lepastu pelan2 lah longgarkan baju, labuhkan tudung, sarung stokin.

ayuh sahabat... kita mula! pelan2 kayuh... 
tanamkan azam dalam2... usaha habis baik... insyaAllah Allah bantu.
takyah tunggu tahun baru... hari ni terus!
perkara baik jgn ditangguh! :)

dikala kamu terkesan dan mula muhasabah diri, hakikatnya Allah sedang mengetuk hatimu...


#doakan saya ya reader reader semue.

Sunday, March 16, 2014

Di Mana Kamu MH370 ??

Wahai MH370
Siang bertukar menjadi malam, Malam sudah bertukar menjadi siang, Beratus-ratus tentera dikerahkan,peralatan terhebat digunakan,
Tetapi sehingga ke hari ini tiada hasil, DI MANAKAH KAMU WAHAI MH370….

Wahai MH370
Di sini kami semua menantimu,
Tidak kira bangsa, Tidak kira pegangan agama, Mahupon politik, Kami semua bersatu padu,bekerjasama,dan saling mendoakan, Semua nya itu kerana mahukan kamu kembali..

Wahai MH370
Sehebat dan secanggih mana pun kamu, Sehebat mana pun jurumudi kamu, JIka ALLAH dah berkata,KUNFAYAKUN (JADILAH,MAKA JADILAH IA),
Tiada benda yang boleh menghalangnya,
Perancangan ALLAH mengatasi segala kehebatan manusia..

Wahai MH370
Muncullah kamu, Di sini kami merindukanmu, Di sini kami menantikanmu, Tidak kira selamat atau tidak, Kami semua akan menerimanya dengan redha..

Wahai MH370
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, Sesungguhnya di langit dan di bumi ini milikmu, Semua ini berlaku kerana kehendakmu, Kami mohon kasih sayangMU YA ALLAH, Lindungilah mereka semua YA ALLAH..

Wahai MH370
YA ALLAH YA RABBI,Tunjukkanlah kekuasaanmu dan kehebatanmu, Agar semua terhenti, Agar semua bisa memahami,
YA ALLAH YA RAHMAN, Kami merancang Engkau juga merancang, Kami sudah lakukan yang terbaik mungkin, Namun Engkau jauh lebih baik dari kami..

Wahai MH370
Di sini pelbagai pihak ,bermacam2 bantuan datang semata-mata untuk mencari mu. bersekang mata berhari-hari, berpenat lelah,bertungkus lumus, Dan terlalu banyak air mata yang telah mengalir kerana untuk mencari mu, KEMBALILAH kepada kami..

Wahai MH370
YA ALLAH Hanya ENgkau yang MAHA BERKUASA, Bantulah kami YA ALLAH,
Jika ia masih di Langit Engkau turunkanlah ia,
Jika ia di dasar lautan Engkau timbulkanlah ia,
Jika ia di daratan Engkau buka kanlah mata kami,
Bantu kami YA ALLAH, Tanpa bantuanMu,kami hilang arah untuk mencarinya, Bantulah kami YA ALLAH.

Wahai MH370
Kawan-kawanku, dan kepada semua, Hentikanlah berita-berita yang tidak benar, kerana ia akan lebih menyakitkan dan menyedihkan hati keluarga mangsa.. Seharusnya kita berdoa,berdoa dan terus berdoa, Hanya itu sahaja yang mampu kita lakukan, Jangan cepat mengalah dan jangan cepat menyerah…

#PrayForMH370
#pray4MH370
**c/p nukilan seorang insan.

Sunday, March 9, 2014

awas! penyakit musim panas.

Assalamualaikum guyss.:)
 perasan tak korang, sekarang ni, suhu kat Malaysia semakin meningkat. Amal pon selalu gak pening pening especially pas abes class tengahari, selalu haus.. berbotol air bole abes sehari. huhuhu.
disebabkan cuace panas tu la, bole memberi kesan kepada kita if tak ambil berat betol betol.
amal pon merajinkan jari jemari ni search at google pasal mplikasi cuae panas at tubuh badan manusia.
so, korang sume... take care ye..

SUMBER: Utusan Online 

TIDAK kira sama ada musim sejuk atau panas, kedua-dua keadaan cuaca tersebut boleh memberi implikasi kepada tubuh badan sekiranya individu tidak memberi perhatian pada penjagaan yang sewajarnya. Sebagai contoh, cuaca panas atau kemaru yang melanda negara ketika ini menyebabkan ramai mengadu tidak selesa, selain peningkatan bagi kes demam, penyakit ruam mahupun penyakit-penyakit lain seperti batuk dan selesema yang memakan masa berhari-hari.
Perkara ini diakui perunding kesihatan dari Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur, Dr. Mat Rifin Jusoh yang ditemubual MEGA baru-baru ini.
Dr. Mat Rifin berkata, kebanyakan penyakit yang sering terjadi pada musim panas adalah seperti ruam panas.
Menurutnya, ruam panas sering terjadi bukan saja di kalangan bayi malah orang dewasa dan warga emas juga.
Keadaan tersebut berlaku apabila cuaca panas dan individu tidak menggunakan pakaian yang sesuai seperti fabrik yang menyerap peluh, warna fabrik yang lembut dan tidak meminum air yang cukup.
"Apabila panas terperangkap dalam badan, kilang peluh menjadi tersumbat dan tersekat. Apabila itu terjadi, pada permukaan kulit akan dilihat sedikit membengkak dan akan menimbulkan rasa tidak selesa.
"Dalam sesetengah kes, apabila berlaku jangkitan maka boleh berlaku demam. Pemakaian adalah elemen penting dalam memastikan tubuh tidak terkena ruam panas pada musim panas ini," jelas Dr. Mat Rifin.
Selain ruam panas, individu yang terdedah pada cuaca panas melampau juga berisiko terkena penyakit yang dinamakan heat edema.
Golongan ini menurutnya, adalah mereka yang bekerja dan berdiri dalam cuaca panas untuk satu tempoh yang agak lama.
"Dalam kes heat edema ini adakalanya boleh menjurus kepada simptom yang lebih serius lagi seperti keletihan akibat kepanasan (heat exhaustion).
"Apabila ini berlaku, tubuh mula menjadi kering atau dehidrasi dan gejala lain seperti haus, pening dan kekejangan otot. Otot yang berisiko menjadi kejang seperti abdomen, kaki dan tangan.
"Untuk mengelakkan heat exhaustion ini, individu tersebut perlu memberi keutamaan kepada pemakaian yang betul terutama dari segi pemilihan warna. Elakkan pakai pakaian berwarna hitam kerana ia memang kuat menyerap haba," pesannya lagi.
Strok panas
Dr. Mat Rifin berkata, keadaan paling kronik melibatkan cuaca panas ini ialah heat stroke atau strok panas. Walaupun setakat ini kes seperti itu jarang berlaku di Malaysia, risikonya tetap ada.
"Heat stroke ini kita pernah dengar berlaku di kalangan jemaah haji dan ada kalanya turut melibatkan kematian.
"Punca utama ialah apabila tubuh hilang banyak air dan invividu tersebut tidak minum air yang cukup. Memang adakalanya mereka tidak berasa haus, tetapi sebenarnya apa yang mereka tidak sedari ialah dalam tubuh memang sudah kekurangan air.
"Jika heat stroke ini berlaku risikonya individu boleh hilang ingatan sementara. Sebab itu kadangkala kita ada jumpa warga emas yang sekali sekala bercakap yang sukar difahami kerana salah satu faktornya mereka ini sangat kurang minum air.
"Kerosakan otak boleh berlaku sekiranya air yang diminum tidak mencukupi," kata Dr. Mat Rifin yang menyarankan pada musim ini individu sepatutnya minum air sebanyak dua hingga tiga liter sehari atau lebih.
Beliau mengakui pada sesetengah pekerjaan agak sukar untuk mengelak berada di cuaca panas terutama mereka yang bekerja di tapak pembinaan.
Salah satu cara yang boleh dibuat ialah dengan penjadualan semula, tetapi jika keadaan tersebut juga sukar dilakukan maka disarankan mereka mandi dengan kerap.
Selain itu, perhatian juga perlu diberi pada kanak-kanak dan warga emas supaya tidak dibiarkan lama dalam bilik sempit tanpa pengudaraan atau dalam kenderaan tertutup.
Dalam dua situasi ini haba tidak boleh keluar dan bila terlalu panas, kanak-kanak atau warga emas tadi boleh terkena simptom heat exhaustion atau keletihan panas dan mula menjadi keliru.
Mereka sukar menjerit, seakan khayal dan fungsi untuk meminta pertolongan menjadi lemah.
"Disarankan juga kepada mereka yang mampu untuk memasang pendingin hawa di kediaman masing-masing bagi mengurangkan kepanasan.
"Jika perlu keluar, pastikan memakai topi atau payung untuk kurangkan pendedahan panas tersebut pada kulit.
"Pada musim panas ini juga penyakit selesema juga bertambah dan untuk mengelak penyebarannya pastikan memakai topeng mulut," nasihatnya.

Panas dan denggi
Dr. Mat Rifin juga berkata, terdapat kajian yang telah dijalankan oleh University John Hopkins mendapati bahawa pemanasan global memang ada kaitan dengan penyebaran penyakit termasuk denggi.
"Penyebaran penyakit pembawaan vektor nyamuk ini termasuk denggi dan malaria. Dalam kajian tersebut juga mendapati cuaca panas menjadikan nyamuk lebih aktif dan lebih banyak serta cepat membiak.
"Jika pada musim selain panas, nyamuk aedes menghisap darah selang sehari tetapi kajian menunjukkan pada musim panas, nyamuk aedes menghisap darah setiap hari dengan itu risiko penyebaran penyakit denggi lebih tinggi.
"Kebelakangan ini kes denggi yang dilaporkan meningkat sehingga 200 peratus di Selangor dan Kuala Lumpur. Di Hospital Pakar Ampang Puteri juga menerima ramai pesakit yang menghidap demam denggi sejak dua tiga bulan lalu," jelasnya.
Lazimnya beliau berkata, sekitar lima hari selepas gigitan nyamuk, mangsa akan mula mendapat demam panas dengan perkembangan segala bentuk jangkitan denggi.
Ini termasuk sakit tekak, simptom seakan-akan selesema, ruam, sakit belakang dan perubahan darah adalah petanda klasik demam denggi," katanya.
Demam denggi berdarah terdiri daripada tiga fasa berbeza. Pada fasa pertama atau fasa febril (hari pertama hingga hari ketujuh), mangsa turut mengalami kehilangan selera makan, loya selain demam dan sakit seluruh badan.
"Jika demam, disertai sakit sendi-sendi, rasa lemah dan muntah-muntah segeralah ke hospital. Demam denggi tidak semestinya timbul bintik-bintik merah, kes sebegini hanya 30 peratus sahaja.
"Oleh itu, penting untuk mangsa denggi hadir untuk diagnosis awal agar rawatan bersesuaian boleh diberikan segera. Biasanya pergantungan kepada cecair intravena hanya untuk memperbetulkan dehidrasi tubuh selain kebanyakan simptom lain," tambahnya sambil menjelaskan bahawa penambahan produk darah mungkin diperlukan dalam kes-kes serius.
Di hospital ini terdapat pengesan denggi seperti NS1 antigen yang boleh mengesan denggi pada tahap apa dengan lebih tepat berbanding kiraan ujian darah. - NOOR FAZRINA KAMAL