Wednesday, July 16, 2014

Never ever give up in your life!!

Assalamualaikum kesayangan semua :)

Ujian dan Cabaran Menambah Pengalaman Mematangkan Diri

Ujian dan cabaran sering datang dalam kehidupan tanpa mengira siapa. Datangnya ujian dan cabaran dalam bentuk pelbagai, ada yang diuji dengan kesihatan, ada yang berhadapan masalah hutang piutang, ada yang diuji dengan kegagalan, ada juga yang diberi ujian kematian insan yang disAyangi, ada yang tidak semena-mena mendapat musibah kehilangan harta benda, ada yang diuji masalah hubungan dengan insan sekeliling.
Memang pelbagai ujian dan cabaran dihadapi oleh setiap lapisan individu baik yang tua mahu pun yang muda. Biar apa jua bentuk ujian dan cabaran itu, ia sebenarnya memberi pengalaman yang amat bermakna buat kita.
Pengalaman ini mampu mengajar kita untuk belajar dari kesilapan, bangkit dari kejatuhan. Apa yang lebih utama dengan ujian ini ialah kita akan lebih  matang dengan corak kehidupan yang sentiasa ada hujan dan panas, ada masa berada di atas, ada masa berada di bawah. "Hidup ibarat roda"
Oleh itu bila kita diuji, belajarlah mensyukuri apa saja pemberian Allah, kerana hikmah yang kita dapat apabila diuji ialah melalui jalan redha dan berlapang dada. Jika kita putus asa maka rugilah kita kerana tidak mengambil iktibar dari ujian dan cabaran itu dengan positif.
** Life must go on!!

No comments:

Post a Comment