Saturday, March 29, 2014

Nak dapat barang free tak??

Assalammualaikum readers sume.
Hehehe. Ya, today ade something yg amal nak share ngan korang..
Okeyyy haa, straight to the point la kan. siapa yg nak barang percuma? Mesti everyone want it right! So, ape korang tunggu lagi?
Meh, la join whohaa cam amal. Hehe.
Hanya dengan menjawab soalan yang diberikan ,jika betul, so korang akan dapat points. Dengan guna points yg terkumpul tu lah kita boleh redeem barang. kalau tinggi points seperti 190 000 , mungkin dapat SAMSUNG GALAXY CAMERA , dan banyak lagi. Makin tinggi points, makin syokk  hadiahnya. Bagi siapa yang belum berdaftar di akaun WhoHAA, bolehlah daftar. Daftar sahaja di akaun WhoHAA. http://www.whohaa.com/register?referral=55862

>>STEPS Register semua.
Pergi check email dr WhoHAA and tekan link untuk activekan.
Lepastu Request TAC code, check phone, nti dia hantar TAC code tersebut. Lepastu tulislah TAC code tersebut pada kotak yang disediakan . After that, click EARN POINTS, Pilihlah nak iklan yg mane satu pastu click.
Then, scroll ke bawah ,jumpa soalan, jawablah berdasarkan apa yang anda baca dan lihat. senang jek..
Tengok kat bawah tu kalau ada Visit the sponsor link, tekan VISIT ,boleh dpt point lagi :) tp make sure jawapan kena BETUL. (sesetengah iklan ada Visit the sponsor link ,ada yang tiada) Itu Sahaja.

Hehehe. Mudah kan?
Mehh la join. Suke suke suke dapat hadiah free.

Saturday, March 22, 2014

SEGMEN: blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum readers sume..


selamat tengari, hihi. cer tengok banner at atas tuu..
weeeee. comey kan. hehehe ^_^
ha! tu la segmen blogwalking yg ayuinsyirah buat sempena cuti sekolah ni.
ape lagi,, mehh la join ramai-ramai..
amal done join, korang bile lagii.


let's change

Assalamualaikum :)






*** picture bermotivasi from GOOGLE

now is my turn...

Assalamualaikum wbt semua.

ape citer sume? hehe. lame tak update blog ni kan. :)
kesahnya, ade sesuatu yg sedang bermain di minda n hati ni. tak terluah kepade sesiape.
ya, mungkin Dia sedang mengetuk ati aku. tapi aku tak kuat.
aku cuba muhasabah kan diri ku, dan makin lame aku makin kuat.
inshaAllah ya Allah, kau bantu la hambamu ini. sekiranya itu petunjuk mu kepada ku.
AMINN.
HIJRAH, from now to be more better. mungkin seru telah tibe. cuma aku perlu kan kekuatan untuk melakukan.
ya, aku twu Dia sentiase ade.
aku akan try step by step, yang penting adalah istiqamah.
ape gune buat secare drastik tapi tak berterusan kan? hehe. betol dak?
doakan saye ye reader semue. (>_<)


"kematian tidak menunggu kita, kita tidak mampu mengubahnya. tetapi kita mampu mengubah diri kita"

"tatkala hati kita terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ade."





aku menguatkan diri dan muhasabah diri melalui blogger inaachik.
banyak perkongsian yg bermanfaat n semakin menggerakkan hati aku. 
antara tips tips inaachik:

bagaimana nak mula?
jawapan stereotype dulu kini dan selamanya:
mula2, katakan tidak dgn baju T lengan sekerat + skinny jeans + tudung singkat tayang dada.
oh, jgn lupa, say BIG NO to legging or jegging.  
lepastu pelan2 lah longgarkan baju, labuhkan tudung, sarung stokin.

ayuh sahabat... kita mula! pelan2 kayuh... 
tanamkan azam dalam2... usaha habis baik... insyaAllah Allah bantu.
takyah tunggu tahun baru... hari ni terus!
perkara baik jgn ditangguh! :)

dikala kamu terkesan dan mula muhasabah diri, hakikatnya Allah sedang mengetuk hatimu...


#doakan saya ya reader reader semue.

Sunday, March 16, 2014

Di Mana Kamu MH370 ??

Wahai MH370
Siang bertukar menjadi malam, Malam sudah bertukar menjadi siang, Beratus-ratus tentera dikerahkan,peralatan terhebat digunakan,
Tetapi sehingga ke hari ini tiada hasil, DI MANAKAH KAMU WAHAI MH370….

Wahai MH370
Di sini kami semua menantimu,
Tidak kira bangsa, Tidak kira pegangan agama, Mahupon politik, Kami semua bersatu padu,bekerjasama,dan saling mendoakan, Semua nya itu kerana mahukan kamu kembali..

Wahai MH370
Sehebat dan secanggih mana pun kamu, Sehebat mana pun jurumudi kamu, JIka ALLAH dah berkata,KUNFAYAKUN (JADILAH,MAKA JADILAH IA),
Tiada benda yang boleh menghalangnya,
Perancangan ALLAH mengatasi segala kehebatan manusia..

Wahai MH370
Muncullah kamu, Di sini kami merindukanmu, Di sini kami menantikanmu, Tidak kira selamat atau tidak, Kami semua akan menerimanya dengan redha..

Wahai MH370
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, Sesungguhnya di langit dan di bumi ini milikmu, Semua ini berlaku kerana kehendakmu, Kami mohon kasih sayangMU YA ALLAH, Lindungilah mereka semua YA ALLAH..

Wahai MH370
YA ALLAH YA RABBI,Tunjukkanlah kekuasaanmu dan kehebatanmu, Agar semua terhenti, Agar semua bisa memahami,
YA ALLAH YA RAHMAN, Kami merancang Engkau juga merancang, Kami sudah lakukan yang terbaik mungkin, Namun Engkau jauh lebih baik dari kami..

Wahai MH370
Di sini pelbagai pihak ,bermacam2 bantuan datang semata-mata untuk mencari mu. bersekang mata berhari-hari, berpenat lelah,bertungkus lumus, Dan terlalu banyak air mata yang telah mengalir kerana untuk mencari mu, KEMBALILAH kepada kami..

Wahai MH370
YA ALLAH Hanya ENgkau yang MAHA BERKUASA, Bantulah kami YA ALLAH,
Jika ia masih di Langit Engkau turunkanlah ia,
Jika ia di dasar lautan Engkau timbulkanlah ia,
Jika ia di daratan Engkau buka kanlah mata kami,
Bantu kami YA ALLAH, Tanpa bantuanMu,kami hilang arah untuk mencarinya, Bantulah kami YA ALLAH.

Wahai MH370
Kawan-kawanku, dan kepada semua, Hentikanlah berita-berita yang tidak benar, kerana ia akan lebih menyakitkan dan menyedihkan hati keluarga mangsa.. Seharusnya kita berdoa,berdoa dan terus berdoa, Hanya itu sahaja yang mampu kita lakukan, Jangan cepat mengalah dan jangan cepat menyerah…

#PrayForMH370
#pray4MH370
**c/p nukilan seorang insan.

Sunday, March 9, 2014

awas! penyakit musim panas.

Assalamualaikum guyss.:)
 perasan tak korang, sekarang ni, suhu kat Malaysia semakin meningkat. Amal pon selalu gak pening pening especially pas abes class tengahari, selalu haus.. berbotol air bole abes sehari. huhuhu.
disebabkan cuace panas tu la, bole memberi kesan kepada kita if tak ambil berat betol betol.
amal pon merajinkan jari jemari ni search at google pasal mplikasi cuae panas at tubuh badan manusia.
so, korang sume... take care ye..

SUMBER: Utusan Online 

TIDAK kira sama ada musim sejuk atau panas, kedua-dua keadaan cuaca tersebut boleh memberi implikasi kepada tubuh badan sekiranya individu tidak memberi perhatian pada penjagaan yang sewajarnya. Sebagai contoh, cuaca panas atau kemaru yang melanda negara ketika ini menyebabkan ramai mengadu tidak selesa, selain peningkatan bagi kes demam, penyakit ruam mahupun penyakit-penyakit lain seperti batuk dan selesema yang memakan masa berhari-hari.
Perkara ini diakui perunding kesihatan dari Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur, Dr. Mat Rifin Jusoh yang ditemubual MEGA baru-baru ini.
Dr. Mat Rifin berkata, kebanyakan penyakit yang sering terjadi pada musim panas adalah seperti ruam panas.
Menurutnya, ruam panas sering terjadi bukan saja di kalangan bayi malah orang dewasa dan warga emas juga.
Keadaan tersebut berlaku apabila cuaca panas dan individu tidak menggunakan pakaian yang sesuai seperti fabrik yang menyerap peluh, warna fabrik yang lembut dan tidak meminum air yang cukup.
"Apabila panas terperangkap dalam badan, kilang peluh menjadi tersumbat dan tersekat. Apabila itu terjadi, pada permukaan kulit akan dilihat sedikit membengkak dan akan menimbulkan rasa tidak selesa.
"Dalam sesetengah kes, apabila berlaku jangkitan maka boleh berlaku demam. Pemakaian adalah elemen penting dalam memastikan tubuh tidak terkena ruam panas pada musim panas ini," jelas Dr. Mat Rifin.
Selain ruam panas, individu yang terdedah pada cuaca panas melampau juga berisiko terkena penyakit yang dinamakan heat edema.
Golongan ini menurutnya, adalah mereka yang bekerja dan berdiri dalam cuaca panas untuk satu tempoh yang agak lama.
"Dalam kes heat edema ini adakalanya boleh menjurus kepada simptom yang lebih serius lagi seperti keletihan akibat kepanasan (heat exhaustion).
"Apabila ini berlaku, tubuh mula menjadi kering atau dehidrasi dan gejala lain seperti haus, pening dan kekejangan otot. Otot yang berisiko menjadi kejang seperti abdomen, kaki dan tangan.
"Untuk mengelakkan heat exhaustion ini, individu tersebut perlu memberi keutamaan kepada pemakaian yang betul terutama dari segi pemilihan warna. Elakkan pakai pakaian berwarna hitam kerana ia memang kuat menyerap haba," pesannya lagi.
Strok panas
Dr. Mat Rifin berkata, keadaan paling kronik melibatkan cuaca panas ini ialah heat stroke atau strok panas. Walaupun setakat ini kes seperti itu jarang berlaku di Malaysia, risikonya tetap ada.
"Heat stroke ini kita pernah dengar berlaku di kalangan jemaah haji dan ada kalanya turut melibatkan kematian.
"Punca utama ialah apabila tubuh hilang banyak air dan invividu tersebut tidak minum air yang cukup. Memang adakalanya mereka tidak berasa haus, tetapi sebenarnya apa yang mereka tidak sedari ialah dalam tubuh memang sudah kekurangan air.
"Jika heat stroke ini berlaku risikonya individu boleh hilang ingatan sementara. Sebab itu kadangkala kita ada jumpa warga emas yang sekali sekala bercakap yang sukar difahami kerana salah satu faktornya mereka ini sangat kurang minum air.
"Kerosakan otak boleh berlaku sekiranya air yang diminum tidak mencukupi," kata Dr. Mat Rifin yang menyarankan pada musim ini individu sepatutnya minum air sebanyak dua hingga tiga liter sehari atau lebih.
Beliau mengakui pada sesetengah pekerjaan agak sukar untuk mengelak berada di cuaca panas terutama mereka yang bekerja di tapak pembinaan.
Salah satu cara yang boleh dibuat ialah dengan penjadualan semula, tetapi jika keadaan tersebut juga sukar dilakukan maka disarankan mereka mandi dengan kerap.
Selain itu, perhatian juga perlu diberi pada kanak-kanak dan warga emas supaya tidak dibiarkan lama dalam bilik sempit tanpa pengudaraan atau dalam kenderaan tertutup.
Dalam dua situasi ini haba tidak boleh keluar dan bila terlalu panas, kanak-kanak atau warga emas tadi boleh terkena simptom heat exhaustion atau keletihan panas dan mula menjadi keliru.
Mereka sukar menjerit, seakan khayal dan fungsi untuk meminta pertolongan menjadi lemah.
"Disarankan juga kepada mereka yang mampu untuk memasang pendingin hawa di kediaman masing-masing bagi mengurangkan kepanasan.
"Jika perlu keluar, pastikan memakai topi atau payung untuk kurangkan pendedahan panas tersebut pada kulit.
"Pada musim panas ini juga penyakit selesema juga bertambah dan untuk mengelak penyebarannya pastikan memakai topeng mulut," nasihatnya.

Panas dan denggi
Dr. Mat Rifin juga berkata, terdapat kajian yang telah dijalankan oleh University John Hopkins mendapati bahawa pemanasan global memang ada kaitan dengan penyebaran penyakit termasuk denggi.
"Penyebaran penyakit pembawaan vektor nyamuk ini termasuk denggi dan malaria. Dalam kajian tersebut juga mendapati cuaca panas menjadikan nyamuk lebih aktif dan lebih banyak serta cepat membiak.
"Jika pada musim selain panas, nyamuk aedes menghisap darah selang sehari tetapi kajian menunjukkan pada musim panas, nyamuk aedes menghisap darah setiap hari dengan itu risiko penyebaran penyakit denggi lebih tinggi.
"Kebelakangan ini kes denggi yang dilaporkan meningkat sehingga 200 peratus di Selangor dan Kuala Lumpur. Di Hospital Pakar Ampang Puteri juga menerima ramai pesakit yang menghidap demam denggi sejak dua tiga bulan lalu," jelasnya.
Lazimnya beliau berkata, sekitar lima hari selepas gigitan nyamuk, mangsa akan mula mendapat demam panas dengan perkembangan segala bentuk jangkitan denggi.
Ini termasuk sakit tekak, simptom seakan-akan selesema, ruam, sakit belakang dan perubahan darah adalah petanda klasik demam denggi," katanya.
Demam denggi berdarah terdiri daripada tiga fasa berbeza. Pada fasa pertama atau fasa febril (hari pertama hingga hari ketujuh), mangsa turut mengalami kehilangan selera makan, loya selain demam dan sakit seluruh badan.
"Jika demam, disertai sakit sendi-sendi, rasa lemah dan muntah-muntah segeralah ke hospital. Demam denggi tidak semestinya timbul bintik-bintik merah, kes sebegini hanya 30 peratus sahaja.
"Oleh itu, penting untuk mangsa denggi hadir untuk diagnosis awal agar rawatan bersesuaian boleh diberikan segera. Biasanya pergantungan kepada cecair intravena hanya untuk memperbetulkan dehidrasi tubuh selain kebanyakan simptom lain," tambahnya sambil menjelaskan bahawa penambahan produk darah mungkin diperlukan dalam kes-kes serius.
Di hospital ini terdapat pengesan denggi seperti NS1 antigen yang boleh mengesan denggi pada tahap apa dengan lebih tepat berbanding kiraan ujian darah. - NOOR FAZRINA KAMAL

Thursday, March 6, 2014

Cinte wataniah

Bermula di 'kem askar'
Kau tegur ku dulu tak tahu malu
Tak kuasa nak layan
Aku buat tak tahu
Kau terus cuba dan mencuba
Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya dirimu
Membuatku terjatuh
Bila kita mula mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit aku merajuk
Kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
Ku cuma nak uji saja

Asmekom n selamat malam readers sumee.. ^__^
xtido ag kaa? Haha. Amal pon. Saje jari jemari gatal nak hupdate blog. Yuhuu!!
Cer tgok lirik lagu at ats tu.. twu x lagu ape?? Lagu be mine-tasha manshahar yg punyerr. Hihi.
Meh sini sume, amal nak story mory about perkenalan wif my sweetheart ni. Heee. Nak twu dak? Lau nak, kne le bace entryy ni smpai abess. Saje nak kongsi sume nyerr. *kenangan kan sesuatu paling berharge. #^_^#
ALHAMDULILLAH. hubungan kami da setahun lebih. Hope brkekalan la. Doa2 kn yer komee. ^O^

Ngeee.. tgok yg part pic askar tuu. Tula pic first kami sesame.. (^ム^)
Okeyy2 lets start yer..
Alkisahnyee, mule mase amal join pelancaran askar wataniah untuk kawasan felda at felda bukit senggeh.. so, wt pngetahuan sume amal ni sukarelawan askar wataniah kem 514,bukit beruang,melake. Si buah aty ni pon same, tapi dye ag lame. So, kire senior la.. hehehe.
memule memang tak kenal or kenal gitu gitu jee.
then, amal ni kawan ngaa sowg akak ni, kak anis. Kebetulan, akak tu jiran ngan si buah aty ni.. hehe. Kire cam owg tengah la kan...
satu ari tu, si die ni tibetibe tanye, "kenape bulu mate awak panjang ek?" hehehe, nampak tak ayat usha nye tuu.
Then, die tnye ag... hahaha soalan nye memang la pelik2, ade ke tanye "asal taik lalat awak banyak? bagi saye satu bolee" haha. Klakau pulak bile engat balik... Hmmm, ade la dye mntak no fon kan.. bese la nak usha kan.
Tapi amal tak bagi pon, juall mahal.
Hakhakhak... :D
Amal pon go on je kawan ngan dye, coz dye caring n cam serius nak kawan.. ngeee.
Then, satu malam tuuu, ade la no unknown kol..hahaha.. tak layan la...
masuk pulak 1 mesej,, haha. Rupenye si diee, so relay tu pon makin ngamm. Cehcehceh..
yg tukang bagi no nye sape lagi,, kak anis tu laaa. Ape pon tak bolee.
sejakk tulaaa, mulenye hubungan kami.
So smpai skrang la relay nye...
thanks kak anisss !!!
iena-wan 24/11/2012
inshaAllah,, untill forever..
Amiiinn, doakan kami....❤❤❤