Thursday, August 21, 2014

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat

Assalamualaikum
hari ni just nak share ilmu untuk adik-adik yang baru nak apply / dah apply biasiswa/pinjaman boleh ubah bank rakyat. PPBU (Yayasan Bank Rakyat)

      Rugi sapa tak apply bank rakyat ni. Bidang sye PENGURUSAN PERNIAGAAN dpt pinjaman RM19 500.00 / 1sem=RM3250. same jek dngan ptptn yg saye pinjam dulu tapi yg bestnye kalau pointer maintain dapat potongan. Means takyah byar full la. Hehe +pula, YBR juga sesuai untuk golongan berpendapatan rendah, golongan berpendapatan rendah diutamakan. Tapi ramai tak tau pasal biasiswa bank rakyat ni..

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 

PPBU ditawarkan bagi peringkat pengajian peringkat PHD, Sarjana, Profesional, Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama. Tujuan adalah membantu pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institusi Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negara secara sepenuh masa. PPBU ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA / IPTS di dalam negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA / ILS.


Kelebihan dia ? APA SANGAT LAH BEST KAN BANK RAKYAT NI ?

1. Pinjaman boleh ubah kepada biasiswa. Ikut CGPA
3.75-4    tak perlu bayar apa-apa
3.5-3.75 bayar 10% je
3.0-3.5   bayar 30%
2.5-3.0   bayar 50%
2.0-2.5   bayar 70%
0-2.00    pinjaman terbatal dan bayar balik semua.. (maintain pointer jgn smpai bwh 2.0)
      Jadi average range student dpt 3.0 keatas. so bayar siket je kan berbanding ptptn.. Bayaran balik YBR mestilah dalam tempoh 5 tahun, jadi lepas 5 tahun je dah bebas hutang... Kalau belajar betul2 dapat jadi biasiswa terus.

2. Ada kontrak kerja 5 tahun tapi biasanya Bank Rakyat tak ambil pun student kerja dgn dia, sebab terlalu ramai yg apply n jawatan kosong yang kurang kat Bank Rakyat. Kalau dengan JPA, kalau dia panggil kerja dengan dia, kena pergi... kalau tak kena bayar RM100 000. Hamik kaww!! Pinjam 30 +++ je,, bayar nya berganda-ganda.

3. Tau x pasal bank rakyat ? Bank rakyat ni satu-satunya bank koperasi islam sepenuhnya. Ramai orang berebut2 beli saham bank rakyat. Profit dia lagi tinggi dari ASB  :)


Prosedur-2 & Peringkat-2 Permohonan Yayasan Bank Rakyat.


1. Apply online kat web Yayasan Bank Rakyat. Tarikh permohonan akan diumumkan... tahun 2012 open bulan April - September. 

2. Tunggu sehingga YBR umumkankeputusan siapa yang layak untuk ujian saringan kedua. Ada 2 peringkat. So sapa2 yang layak untuk peringkat seterusnya kena la wat ujian saringan. Biasanya kalau lepas ni dah boleh la dapat. Tp ada juga beberapa rakan yg tak dapat, mungkin sbb dia dah ada penaja lain. cth yayasan melaka. 

      Ujian ni senang je. Dalam masa 30 minit kene jawab semua soalan dia. Make sure line internet laju n xputus2 . ***saye dulu smpai tak sempat jwab habis sbb line ler... huhu. Kalau putus, no return back. FAIL. Waktu jawab ujian ni ajak lah 2 3 orang kawan bantu.. sediakan la apa2 yang patut, macam laptop, calculator, pen, n kertas. Soalan dia memang nampak senang tapi tricky. Contoh tahun lompat, kita tak perasan pun. Laptop tu digunakan untuk search soalan2 yang tak tahu. Kalau tak tahu just copy soalan dan search je. kadang2 ada je jawapan pakcik google. heew.

       Ada beberapa category soalan. nanti korang akan diberitahu melalui emel. English senang je, math tricky sket. Haa lupa nak habaq, nanti ada soalan berkaitan bank rakyat. research la sket. belek2 website dia. Mcm, siapa pengerusi yayasan bank rakyat, kat mana main office diorang, pastu profit diorang, sejarah bank rakyat ni.. 
Contoh kalau berjaya dapat biasiswa Bank Rakyat
3. Dah jawab tunggu je la keputusandia, layak dapat ke x. Nanti dia akan umumkan. Cth tahun 2012 dia umum pd 26 Disember 2012. SO up to date je la ngn bank rakyat tiap bulan k.. kalau layak jugak dia akan hantar emel. make sure emel tu emel yg salu guna la k.


4. Tahniah sebab layak. Ni la proses paling rumit sekali. Kne setelkan dokumen perjanjian dalam masa 30 hari. Fuhh =.= Kalau ada ptptn pun sakit gak. kene uruskan pembatalan dengan ptptn / penaja lain dahulu.. Mintak surat pembatalan. Mintak penyata baki pinjaman. Mintak pihak uni surat pengesahan penaja. Kene cop dokumen, Kene sign depan saksi... Yg payah nya nak uruskan dgn ptptn tu.. saket jiwa..


Contoh macam ni la yang dia nak.. Dia akan bagi pada emel borang2 lain.
1. Checklist Borang PPBU

19 comments:

  1. Assalamualaikum
    Mase nie ade interview tak??

    ReplyDelete
  2. haii saya ada masalah untuk upload sijil koko,bila sy upload dia ckp "ur files type is not allowed" tp sy dah cuba pdf n jpg still x blh.any idea? heeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Im having the same problem jugaa. For all the document. Boleh share mcm mne nak upload the file?

      Delete
  3. SAMA LAA, SAYA DAH BUNTU TAK TAU BUAT APA.. MACAMNA YA ADMIN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau korang dah follow jenis file yg die nak tapi still tak boleh jugak. Better kol ybr 😊

      Delete
    2. mungkin terlambat nk reply dah ni, tapi bagi yg nk aplly pada masa hadapan kalau jadimacm ni sebab saiz file tu besar sangat. kne adjust size file bagi kecikkan sebab kalau lebih daripada berapa mb ntah memang x blh upload

      Delete
  4. Salam. Saya dhh jawab semua soalan untuk quiz ppbu ni, tapi dekat setion last tu, saya tak sempat nk save sbb dh habis masa. Agak2nya die save tak jawapan yang last tu?

    ReplyDelete
  5. Nk tnyaa ....
    Ujian online tu susah Tak

    ReplyDelete
  6. Ujian Aptitud Set 1,2,3,4 2015
    1 jam = 45 soalan

    Bahagian A - Teks, Isi tempat kosong, Perkataan sinonim, Pilih ayat sama maksud
    15 Soalan 20 Minit

    Bahagian B - Teks, Isi tempat kosong, Grammar
    15 Soalan 20 Minit

    Bahagian C - Matematik, Pengiraan, Volume Formula, Tahun Lompat, Harga Diskaun, Mod, Median, Mean, Prime Number
    15 Soalan 20 Minit

    Save Setiap Section 1,2,3,4,5
    Completed, 0%, 20%, 40%, 60%, 80% & 100%

    Send Results By Email - Mail Was Sent

    yayasan@bankrakyat.com.my

    Good luck to all candidates. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita dh last minute tukan lupa nk save nnti dia auto save ke canne, risau nii tadi dah habis jawab lupa nk save yg last

      Delete
  7. Admin nk tnya sikit slalinua pihak bank rakyat akan inform yg kita brjaya kaa X tu bila yaaa?

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah sy baru dapat emel untuk buat ujian saringan . dia baru emel semalam . harap2 sy dapat lepas ujian ni in shaa Allah

    ReplyDelete
  9. hari ni tarikh terakhir utk jwb, takut weiiiii, tak jwb lagi tkut, tak tahu nak study apa?
    nak study apa?

    ReplyDelete
  10. Hi, i salah seorang penerima ppbu tu. Tapi semua org dah masuk duitnya dalam sebulan lepas kan? Kenapa eh i tak tak masuk? Sebab result i mcm gpa under 2.5 but still above 2.0 and cgpa 2.9...tahu tak kenapa? I dah email ybr tapi dah sebulan takde reply jugak....tahu tak tak mcm mana nak buat? Sbb i pokai :(((

    ReplyDelete