Saturday, September 27, 2014

amal_shoppe on instagram!!

assalamualaikum guyss..
alhamdullillah.. akhirnye niat nak mule kan bisnes tercapai gak..
hewhewhe..harap harap menjadi la yer
doakan amal eh..
guyss jom la support amal..
cuci mate at amal instagram ni..hihi
lets follow amal yer sayang sayang sume..
macam macam ad0oo!!!
***juz click link kat atas to follow or cuci mate at business ig amal
(^_^)



saye budak baru belajar, 
kalau salah sila ajarkan yerr. 


Thursday, August 21, 2014

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat

Assalamualaikum
hari ni just nak share ilmu untuk adik-adik yang baru nak apply / dah apply biasiswa/pinjaman boleh ubah bank rakyat. PPBU (Yayasan Bank Rakyat)

      Rugi sapa tak apply bank rakyat ni. Bidang sye PENGURUSAN PERNIAGAAN dpt pinjaman RM19 500.00 / 1sem=RM3250. same jek dngan ptptn yg saye pinjam dulu tapi yg bestnye kalau pointer maintain dapat potongan. Means takyah byar full la. Hehe +pula, YBR juga sesuai untuk golongan berpendapatan rendah, golongan berpendapatan rendah diutamakan. Tapi ramai tak tau pasal biasiswa bank rakyat ni..

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 

PPBU ditawarkan bagi peringkat pengajian peringkat PHD, Sarjana, Profesional, Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama. Tujuan adalah membantu pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institusi Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negara secara sepenuh masa. PPBU ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA / IPTS di dalam negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA / ILS.


Kelebihan dia ? APA SANGAT LAH BEST KAN BANK RAKYAT NI ?

1. Pinjaman boleh ubah kepada biasiswa. Ikut CGPA
3.75-4    tak perlu bayar apa-apa
3.5-3.75 bayar 10% je
3.0-3.5   bayar 30%
2.5-3.0   bayar 50%
2.0-2.5   bayar 70%
0-2.00    pinjaman terbatal dan bayar balik semua.. (maintain pointer jgn smpai bwh 2.0)
      Jadi average range student dpt 3.0 keatas. so bayar siket je kan berbanding ptptn.. Bayaran balik YBR mestilah dalam tempoh 5 tahun, jadi lepas 5 tahun je dah bebas hutang... Kalau belajar betul2 dapat jadi biasiswa terus.

2. Ada kontrak kerja 5 tahun tapi biasanya Bank Rakyat tak ambil pun student kerja dgn dia, sebab terlalu ramai yg apply n jawatan kosong yang kurang kat Bank Rakyat. Kalau dengan JPA, kalau dia panggil kerja dengan dia, kena pergi... kalau tak kena bayar RM100 000. Hamik kaww!! Pinjam 30 +++ je,, bayar nya berganda-ganda.

3. Tau x pasal bank rakyat ? Bank rakyat ni satu-satunya bank koperasi islam sepenuhnya. Ramai orang berebut2 beli saham bank rakyat. Profit dia lagi tinggi dari ASB  :)


Prosedur-2 & Peringkat-2 Permohonan Yayasan Bank Rakyat.


1. Apply online kat web Yayasan Bank Rakyat. Tarikh permohonan akan diumumkan... tahun 2012 open bulan April - September. 

2. Tunggu sehingga YBR umumkankeputusan siapa yang layak untuk ujian saringan kedua. Ada 2 peringkat. So sapa2 yang layak untuk peringkat seterusnya kena la wat ujian saringan. Biasanya kalau lepas ni dah boleh la dapat. Tp ada juga beberapa rakan yg tak dapat, mungkin sbb dia dah ada penaja lain. cth yayasan melaka. 

      Ujian ni senang je. Dalam masa 30 minit kene jawab semua soalan dia. Make sure line internet laju n xputus2 . ***saye dulu smpai tak sempat jwab habis sbb line ler... huhu. Kalau putus, no return back. FAIL. Waktu jawab ujian ni ajak lah 2 3 orang kawan bantu.. sediakan la apa2 yang patut, macam laptop, calculator, pen, n kertas. Soalan dia memang nampak senang tapi tricky. Contoh tahun lompat, kita tak perasan pun. Laptop tu digunakan untuk search soalan2 yang tak tahu. Kalau tak tahu just copy soalan dan search je. kadang2 ada je jawapan pakcik google. heew.

       Ada beberapa category soalan. nanti korang akan diberitahu melalui emel. English senang je, math tricky sket. Haa lupa nak habaq, nanti ada soalan berkaitan bank rakyat. research la sket. belek2 website dia. Mcm, siapa pengerusi yayasan bank rakyat, kat mana main office diorang, pastu profit diorang, sejarah bank rakyat ni.. 
Contoh kalau berjaya dapat biasiswa Bank Rakyat
3. Dah jawab tunggu je la keputusandia, layak dapat ke x. Nanti dia akan umumkan. Cth tahun 2012 dia umum pd 26 Disember 2012. SO up to date je la ngn bank rakyat tiap bulan k.. kalau layak jugak dia akan hantar emel. make sure emel tu emel yg salu guna la k.


4. Tahniah sebab layak. Ni la proses paling rumit sekali. Kne setelkan dokumen perjanjian dalam masa 30 hari. Fuhh =.= Kalau ada ptptn pun sakit gak. kene uruskan pembatalan dengan ptptn / penaja lain dahulu.. Mintak surat pembatalan. Mintak penyata baki pinjaman. Mintak pihak uni surat pengesahan penaja. Kene cop dokumen, Kene sign depan saksi... Yg payah nya nak uruskan dgn ptptn tu.. saket jiwa..


Contoh macam ni la yang dia nak.. Dia akan bagi pada emel borang2 lain.
1. Checklist Borang PPBU

Wednesday, July 23, 2014

Ape? Nak raye daa.

Assalamualaikum guyss.
Ape citer sume? Sihat ke idok? Harap2 sentiasa dalam lindungan-Nya la yer..
Hmmm, mase pantas berlalu. Tengokla, tinggal 4hari je lagi Ramadhan akan meninggal kan kite. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan akan datang. Amiinnn. :)
Persiapan raye korang macam mane? Hihihi. Baju raye? kueh raye? Mesti tengah dok terkocoh kocoh siapkan mane yg tak settle lagi kan? Saye twuu. Hehehe.
Feel raye saye tak mai lagi. Hahaha. Tak twu la kenape kan.. ;(
mungkin sebab tak ramai yg tinggal kat uma ni. Yg dok sibok wt persiapan raye cume saye, mak, abah. Hahaha. yg lain balik 26 nanti. **yg lain? Hahaha. Macam ramai je kan, padahal ude n angah je.. along balik uma mak mentuaa...
Saye ngan mak.. hahahaha. Buat kueh raye berdua, kemas kemas uma berdua. Haisshhh, segalanya berdua laa. ** sweet gituu. Nak twu? Dalam mase 3 hari, settle 7 jenis kuehh. Hahaha. Kami merempit buat kueh raye tahun ni. Sume kueh/biskut yg dibuat, berdasarkan kesukaan seseorang. Takpun baru nak mencube/teringin. Hehehe. **bukan ape, nak elak membazir nanti. Popia nestum (mak teringin), biskut kelape (mak), biskut cornflakes (sume suke), biskut cokelat (baru), biskut semperit (angah), biskut susu (along), sarang semut (sikembar), kueh tart (mak), mazola (saye). Satu lagi tak buat, biskut aiskrim (ude suke).
okey la sayang sayang sume, stop dulu naa. Hahaha. Tnggu entry baru menyusul.. Engat! Raye berpada pada, jangan membazir okey.
Assalamualaikummm..

#Al-fatihah kepada mangsa nahas MH17.

Friday, July 18, 2014

TRAGEDI menimpa MH17


Dunia terutama Malaysia dikejutkan lagi dengan satu berita gempar yang terjadi kepada pesawat MAS. Ya ALLAH,  saat diri baru hendak melelapkan mata, terima wasap daripada teman mengatakan satu lagi pesawat MAS kemalangan. Pada mulanya susah hendak percaya, namun setelah menonton beria malam tu jugak. Allahuakbar. Berita itu benar!!

Dikatakan pesawat ditembak. Semua mangsa terkorban. Sayu. Sedih. Itu yang aku rasakan. Menitis air mata memikirkan mangsa didalam pesawat, menitis air mata saat titipan doa dikirimkan. Satu persatu dugaan diberikan. ALLAH sedang menguji kita.

MH370 masih belum selesai, Sabah yang telah diserang, Gaza yang sedang berjihad dan terkini berita MH17. Doakan semuanya. Saat Hari Raya yang masih berbaki beberapa hari, kejadian sebegini benar-benar menyayat hati. Memikirkan ahli keluarga mangsa, ALLAH sungguh sayu hati ini. Ada ibubapa menunggu kepulangan anak, anak anak menunggu kepulangan ayah/ibu. Tabahkan hati mereka ya ALLAH.

Wednesday, July 16, 2014

Never ever give up in your life!!

Assalamualaikum kesayangan semua :)

Ujian dan Cabaran Menambah Pengalaman Mematangkan Diri

Ujian dan cabaran sering datang dalam kehidupan tanpa mengira siapa. Datangnya ujian dan cabaran dalam bentuk pelbagai, ada yang diuji dengan kesihatan, ada yang berhadapan masalah hutang piutang, ada yang diuji dengan kegagalan, ada juga yang diberi ujian kematian insan yang disAyangi, ada yang tidak semena-mena mendapat musibah kehilangan harta benda, ada yang diuji masalah hubungan dengan insan sekeliling.
Memang pelbagai ujian dan cabaran dihadapi oleh setiap lapisan individu baik yang tua mahu pun yang muda. Biar apa jua bentuk ujian dan cabaran itu, ia sebenarnya memberi pengalaman yang amat bermakna buat kita.
Pengalaman ini mampu mengajar kita untuk belajar dari kesilapan, bangkit dari kejatuhan. Apa yang lebih utama dengan ujian ini ialah kita akan lebih  matang dengan corak kehidupan yang sentiasa ada hujan dan panas, ada masa berada di atas, ada masa berada di bawah. "Hidup ibarat roda"
Oleh itu bila kita diuji, belajarlah mensyukuri apa saja pemberian Allah, kerana hikmah yang kita dapat apabila diuji ialah melalui jalan redha dan berlapang dada. Jika kita putus asa maka rugilah kita kerana tidak mengambil iktibar dari ujian dan cabaran itu dengan positif.
** Life must go on!!